Pensijilan Non-Academic ini diterbit dan disusun oleh PEKA Malaysia, PEKA Brunei, Biro Psikologi Terapan Indonesia & Komunitas Harapan Adiksi Indonesia
Satu program certification yang menyediakan anda penerangan secara jelas, setiap sesi diberikan worksheet untuk pembelajaran kendiri
Selamat datang ke Program Certified Professional Cognitive Behaviour Therapy (CBT) Coach!
CBT Coach adalah program latihan profesional yang komprehensif, direka untuk membantu kaunselor, terapis, dan profesional bimbingan memahami, menguasai, dan menerapkan Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT) dalam kerjaya mereka. CBT ialah kaedah terapi yang diakui secara meluas, yang memberi fokus kepada hubungan antara pemikiran, perasaan, dan tingkah laku. Melalui teknik-teknik khusus, CBT membantu individu mengenali dan mengubah pola pemikiran dan tingkah laku yang tidak berfungsi untuk mengatasi cabaran mental dan emosional, seperti kebimbangan, kemurungan, stres, dan ketagihan.
CBT Coach menawarkan latihan yang berstruktur dan intensif untuk memberi anda kemahiran yang diperlukan dalam mengaplikasikan CBT dengan berkesan. Program ini menekankan pada penerapan teknik CBT secara praktikal dalam situasi sebenar, termasuk dalam sesi bimbingan individu, terapi kelompok, dan kaunseling keluarga. Dengan CBT Coach, anda akan dapat:
Menguasai Teknik Terbukti Secara Saintifik: Anda akan belajar menggunakan teknik-teknik CBT yang disokong kajian saintifik untuk membantu klien mengubah pemikiran dan tingkah laku negatif.
Mendalami Pengetahuan Teori dan Praktikal: Program ini menggabungkan teori asas CBT dengan latihan praktikal, memastikan anda bersedia sepenuhnya untuk mengaplikasikan CBT dalam pelbagai situasi terapeutik.
Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Klien: Anda akan belajar cara mengenal pasti dan menangani cabaran yang biasa muncul dalam terapi dan bimbingan, memberikan anda kemahiran tambahan untuk membantu klien mengatasi halangan mental mereka.
Program CBT Coach ini direka dalam 10 modul yang membimbing anda melalui setiap aspek utama CBT, termasuk:
Setiap modul dilengkapi dengan aktiviti praktikal, kajian kes, dan simulasi yang membolehkan anda mempraktikkan teknik CBT dengan selesa dan yakin.
Program ini terbuka kepada kaunselor, psikologis, terapis, jurulatih peribadi, pekerja sosial, dan profesional kesihatan mental yang ingin memperkaya kemahiran mereka dalam teknik CBT. Sekiranya anda berminat membantu klien untuk mengatasi cabaran mental dan emosi serta meningkatkan kualiti hidup mereka, program ini sesuai untuk anda.
Sebagai peserta CBT Coach, anda akan menerima:
Bersama kami di CBT Coach, pelajari cara menggunakan teknik terapeutik berasaskan bukti untuk membantu klien anda mengatasi pelbagai cabaran psikologi. Dapatkan kemahiran, keyakinan, dan pengetahuan yang anda perlukan untuk membina kerjaya bimbingan yang memberi impak besar.
Jadilah sebahagian daripada perjalanan perubahan ini dan bawa klien anda ke arah kesihatan mental yang lebih baik. Daftar sekarang!
SOALAN-SOALAN LAZIM
Siapakah badan yang mengiktiraf pensijilan ini?
Pensijilan ini dibina dan dibangunkan oleh PEKA Malaysia, PEKA Brunei, Biro Psikologi Terapan Indonesia & Komunitas Harapan Adiksi Indonesia.
Bolehkah saya mengamalkan untuk klien dan perkhidmatan saya?
BOLEH. Ilmu dan kemahiran yang anda dapatkan daripada program ini menyediakan anda dengan pelbagai maklumat penting dalam proses tolong bantu untuk baiki diri sendiri dan orang lain
Apakah yang dimaksudkan Pensijilan Non-Academic?
Pensijilan dibangunkan untuk pembelajaran secara ringkas dan padat. Ia tidak memenuhi silibus pembelajaran akademik yang diperlukan oleh pihak berkuasa bagi sesebuah institusi pendidikan tinggi berdaftar
Mengapa pensijilan ini PENTING BAGI SAYA
CBT merupakan salah satu terapi yang sangat berkesan pada masa ini dan ia telah dipelajari oleh ramai orang. Dan yang pasti, terapi ini sangat mudah, padat dan membantu klien dengan lebih berkesan
Kursus ini ada sijil?
WAJIB diberikan. Anda juga akan menerima sekeping poster tamat kursus
Kursus ini dijalankan medium apa?
Semua kursus dijalankan secara online. Kita akan menggunakan zoom dan unlisted youtube semasa sesi live.
Apakah ada rakaman? Jika saya terlepas satu sesi, atau ada hal pada sesi tertentu, apakah saya masih dapat sijil?
WAJIB. Setiap sesi akan dibekalkan rakaman. Usah risau, jika anda terlepas atau ada hal lain pada sesi tertentu, anda akan dibekalkan dengan rakaman. Kursus ini juga menyediakan anda bahan tugasan kendiri yang boleh praktis sendiri apabila punya masa
AYUH MENDAFTAR SEKARANG JUGA..
DAFTAR SEKARANG JUGA… SEBELUM itu mari kita lihat apa kata alumni-alumni kami…
Buy Now